China, Negara Kehormat Ekspo Pelancongan Antarabangsa Belgrade

(CRI)Khamis 23 Februari 2023
China, Negara Kehormat Ekspo Pelancongan Antarabangsa Belgrade

Ekspo Pelancongan Antarabangsa Belgrade ke-44 dirasmikan di Belgrade, ibu negara Serbia pada Rabu, dan China dijemput sebagai negara kehormat dalam ekspo kali ini.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic ketika menyampaikan ucapan perasmian majlis tersebut mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Serbia terutamanya pelancong dari China.

Beliau berkata, China menjadi negara kehormat untuk edisi kali ini dan terdapat lebih 20 syarikatnya mengambil bahagian dalam pameran, sekali gus merupakan penghormatan istimewa untuk Serbia.

Duta Besar China ke Serbia, Chen Bo ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media Negara (CMG) menekankan bahawa penyertaan syarikat China dalam pameran ini telah menunjukkan trend pemulihan industri pelancongan China yang kuat kepada dunia luar.

Jelasnya, ia secara tidak langsung mendorong keinginan besar Serbia dan negara Eropah Timur serta Tengah dalam menjalankan kerjasama sektor industri pelancongan.

Bertemakan “Tak susah jika nak bercuti", ekspo itu akan berlangsung dari 23 hingga 26 Februari, dengan disertai lebih 350 agensi pelancongan dari 33 negara dan kawasan.

Difahamkan, Biro Kebudayaan dan Pelancongan Beijing serta Ningbo akan bekerjasama sebagai satu delegasi bagi mewakili China untuk membuat penampilan dalam pameran ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan