Li: Pencapaian Ekonomi China 2022 Tidak Mudah

(CRI)Ahad 05 Mac 2023
Li: Pencapaian Ekonomi China 2022 Tidak Mudah

Sidang pembukaan sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China dirasmikan di Beijing pagi tadi.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja dibentangkannya dalam sidang tersebut menyatakan bahawa pada tahun yang lalu, pembangunan ekonomi China terkesan oleh banyak faktor yang luar jangkaan seperti penularan wabak COVID-19. Di bawah pimpinan bijaksana Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), China bertindak pantas melaksanakan penyelarasan antara langkah pencegahan serta kawalan wabak dengan langkah pembangunan sosioekonomi, dan mengubahsuai peraturan pencegahan wabak mengikut perkembangan terkini. Mendepani kemerosotan ekonomi yang semakin mendesak, China giat mengemaskinikan pelaksanaan dasar untuk mendorong pembaharuan terhadap sektor pembekalan, dan berturut-turut mengeluarkan pakej insentif bagi menstabilkan dan memulihkan ekonomi.

Li berkata, pada tahun yang lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat pada kadar 3%, sebanyak 12.06 juta orang mendapatkan peluang pekerjaan baharu dan harga penggunaan penduduk naik 2%. Pelbagai matlamat utama bagi sepanjang tahun lalu tercapai dalam operasi ekonomi China yang kelihatan sangat akomodatif.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan