Ban Kukus Manis Baoning: Makanan Ruji Tradisional Dapat Sambutan di Sichuan

Ban kukus manis Baoning merupakan sejenis makanan ruji tradisional yang berasal dari kota purba Langzhong (dahulu dikenali sebagai Baoning) di Nanchong, provinsi Sichuan, barat daya China. Sajian istimewa yang sejarahnya menjangkau lebih 200 tahun ini, ternyatalah bukti kepintaran dan kemahiran kuisin China.

Dengan menggunakan tepung putih bermutu tinggi sebagai ramuan utama, ban ini dihasilkan mengikut prosedur 21 langkah dan diakhiri dengan cap merah yang boleh dimakan untuk membuktikan ketulenannya.

Seputih salji dipadankan dengan rasa yang lunak dan manis, hidangan istimewa ini tidak tergambar dengan sekadar kata-kata sahaja – teksturnya lembut dan tidak lekit apabila dimakan panas-panas, dan berubah menjadi rapuh dan menyegarkan selepas sejuk. Ban juga boleh dibentukkan menjadi pelbagai rupa bagi menghasilkan santapan visual yang menakjubkan.

Selepas diwarisi turun-temurun bergenerasi lamanya, ban kukus manis Baoning sudah menjadi makanan ikonik bagi Langzhong, yang bukan sahaja digemari orang tempatan tetapi juga pelancong dari serata negara. Pada 2006, ia diberi pengiktirafan antara item kumpulan pertama dalam "China Time-honored Brands". Pada 2013, teknik membuat ban kukus manis Baoning disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara milik bandar Nanchong.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan