Utamakan Keselamatan Nyawa: Xi

(CRI)Selasa 06 September 2022

Usaha menyelamatkan nyawa rakyat perlu diutamakan, kata Presiden China, Xi Jinping selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Luding, kawasan Ganzi, provinsi Sichuan pada petang Isnin.

Beliau dalam arahan penting sejurus gempa itu berlaku mengatakan bahawa pihak-pihak berkaitan harus memberikan bantuan kepada penduduk terjejas dan sedaya upaya mengawal kecederaan pada tahap minimum.

Selain itu, usaha harus dilakukan untuk mengukuhkan pemantauan gempa bumi, mencegah bencana susulan daripada berlaku, dan memindahkan mangsa ke tempat selamat.

Beliau juga mahu pihak-pihak berkuasa berkaitan menghantar kumpulan kerja ke Sichuan untuk membimbing operasi menyelamat, sementara pasukan tentera dan polis bersenjata perlu aktif bekerjasama dengan kerajaan tempatan supaya memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat terjamin.

 

Gaya Hidup