ASEAN Kekal Rakan Dagang Terbesar China

(CRI)Rabu 08 Mac 2023

Perdagangan luar China menyaksikan perkembangan stabil pada dua bulan pertama tahun ini, dengan jumlah import dan eksport direkodkan sebanyak RMB6.18 trilion (kira-kira RM4 trilion).

Dalam pada itu, jumlah eksport mencecah RMB3.5 trilion (kira-kira RM2.26 trilion), naik 0.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala jumlah import sebanyak RMB2.68 trilion (kira-kira RM1.73 trilion), menurun 2.9 peratus.

Menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC), ASEAN kekal menjadi rakan dagang terbesar bagi China dengan nilai dagangan menyumbang 15.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar negara ini.

Untuk tempoh sama, import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencatat RMB2.12 trilion (kira-kira RM1.37 trilion), melonjak sebanyak 10.1 peratus.

Di samping itu, import dan eksport China dengan anggota lain Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pula mencatat RMB1.91 trilion (kira-kira RM 1.23 trilion), naik 3.1 peratus.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan