Rundingan CAFTA Versi 3.0 Bermula, Terus Teroka Potensi Perdagangan

(CRI)Jumaat 17 Februari 2023

China dan ASEAN akan terus mempermudah serta meningkatkan liberalisasi dalam aktiviti perdagangan dan pelaburan, di samping giat memperluas kerjasama membabitkan bidang memuncul.

Difahamkan, rundingan pusingan pertama berhubung Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 sudah dimulakan baru-baru ini.

Kedua-dua pihak mengenal pasti lingkungan perbincangan, aturan tatacara, jadual waktu dan peta jalan mengenai rundingan itu.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata pembinaan CAFTA versi 3.0 akan terus menjana potensi perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain, sekali gus memacu integrasi ekonomi serantau.

“Program berkenaan bermanfaat bagi kedua-dua pihak berkongsi peluang pembangunan baharu daripada sektor seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau, sehingga mewujudkan pemacu baharu pertumbuhan ekonomi serantau.

“Ia juga membantu memperdalam kerjasama melibatkan rantaian perindustrian, bekalan dan nilai, dan menggalakkan kerjasama saling untung," ujar beliau.

Difahamkan, ekonomi digital, ekonomi hijau dan kesalinghubungan rantaian bekalan antara aspek yang akan dimasukkan dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA) kedua-dua pihak. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan