Xi Tekankan Pembangunan Berkualiti, Prinsip Rakyat Didahulukan

(CRI)Isnin 13 Mac 2023

Pembangunan berkualiti tinggi dan prinsip rakyat didahulukan perlu dikekalkan dalam perjalanan baharu ke arah membangunkan negara sosialis moden yang kuat serta kebangkitan semula bangsa.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika berucap dalam sidang penutupan sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-14 yang berlangsung di Beijing hari ini.

Beliau turut menegaskan perlunya menyelaraskan pembangunan dengan keselamatan, memantapkan pelaksanaan ‘satu negara, dua sistem’ dan usaha penyatuan semula tanah air, di samping mempergiat pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Beliau juga memberi penekanan supaya kualiti pertumbuhan ekonomi bertambah baik dengan kuantiti meningkat secara munasabah, di samping memperkukuh kekuatan ekonomi, sains dan teknologi serta kekuatan bersepadu negara.

Selain itu katanya, usaha perlu dilakukan untuk memastikan lebih banyak hasil pembangunan modenisasi dinikmati semua rakyat secara saksama, dan kemajuan substantif dicapai dalam memacu kemakmuran bersama seluruh masyarakat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan