PM Li: Pasaran Besar China yang Terbuka Pasti akan Tawarkan Lebih Banyak Peluang kepada Syarikat Asing

(CRI)Ahad 05 Mac 2023
PM Li: Pasaran Besar China yang Terbuka Pasti akan Tawarkan Lebih Banyak Peluang kepada Syarikat Asing

China perlu giat menarik dan menggunakan pelaburan asing, dan pasaran domestik yang besar yang terbuka pasti akan menyediakan lebih banyak peluang kepada syarikat asing yang mengembangkan urusniaganya di China. Cadangan untuk kerja kerajaan bagi tahun 2023 ini terkandung dalam laporan kerja yang dibentangkan Perdana Menteri, Li Keqiang pagi tadi.

Beliau menyatakan lagi dalam laporan kerja kerajaan bahawa perlunya memperluas akses pasaran dan meningkatkan tahap keterbukaan dalam bidang perkhidmatan moden, memberikan layanan menyerupai yang untuk warga domestik kepada syarikat asing, dengan aktif mendorong usaha untuk menganggotai sejumlah perjanjian ekonomi dan perdagangan yang berspesifikasi tinggi termasuk Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), di samping meningkatkan tahap keterbukaan secara sistematik.

Laporan itu juga berbunyi bahawa perlunya terus memainkan peranan tunjang perdagangan import eksport dalam operasi ekonomi, menawarkan perkhidmatan yang baik kepada syarikat asing dan mendorong pembinaan projek pelaburan asing yang bermakna mercu tanda.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan