Kapal Selam “Perjuangan” Pulang Bawa Hasil

Kapal Selam “Perjuangan” Pulang Bawa Hasil
Kapal penjelajah laut “Explorer 1” dan kapal selam berawak “Fendouzhe” (Perjuangan) kembali ke Sanya. (foto: Du Li.People.cn)

Menurut Institut Sains dan Kejuruteraan Laut Dalam (IDSSE) di bawah Akademi Sains China (CAS), kapal penjelajah laut "Explorer 1" dan kapal selam berawak "Fendouzhe" (Perjuangan) telah kembali dari misi ekspedisi laut dan tiba di Sanya, provinsi Hainan pada 11 Mac.

Dalam ekspedisi kali ini, "Perjuangan" telah menyelesaikan sejumlah 63 operasi menyelam hakiki. 31 kali daripadanya diadakan di Parit Kermadec. Antaranya, 4 kali junaman dilakukan hingga kedalaman lebih 10,000 meter. Kedalaman purata ialah 7,429 meter, dengan kedalaman maksimum mencapai 10010.9 meter (menurut data ukuran CTD).

Selain itu, "Perjuangan" juga menyelesaikan 30 kali selam di Parit Diamantina serta 2 kali selam di Parit Wallaby-Jennes.

Setakat kni, "Perjuangan" telah melakukan sebanyak 189 junaman pada keseluruhannya, dengan 25 kali daripadanya melebihi kedalaman 10,000 meter. Seramai 102 orang daripada 23 unit dalam dan luar negeri pernah menyelam bersama "Perjuangan", dengan 29 orang daripada mereka menyelam ke kedalaman lebih 10,000 meter.

Selain operasi menyelam, pasukan ekspedisi sainfitik juga menyelesaikan kerja rutin seperti penempatan dan pemulihan pendarat, pensampelan air CTD dan pensampelan lajur gravity. Ini adalah kali pertama di dunia tinjauan menyelam berawak berskala besar dan sistematik dijalankan di Parit Kermadec dan juga merupakan kali pertama dalam sejarah manusia tiba di Parit Diamantina dan Parit Wallaby-Jennes untuk membuat penyelidikan dan pensampelan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan