Berkhemah Kembali Rancak di China (3)

Berkhemah Kembali Rancak di China
Tempat berkhemah yang terletak di kaunti Luoping, bandar Qujing, provinsi Yunnan. (Foto/Xinhua)

Baru-baru ini, dengan cuaca semakin nyaman pada musim bunga dan semakin ramai memilih untuk mengatur perjalanan pada hujung minggu, tibanya juga musim untuk berkhemah.

Menurut statistik Meituan-Dianping, platform yang menawarkan e-kupon dan juga untuk pengguna memberikan ulasan dan rating, dalam dua munggu yang lalu, jumlah carian berkaitan dengan “khemah” meningkat 450% dan jumlah entri berkenaan meningkat kira-kira 300%. Chengdu, Guangzhou, Shenzhen, Shanghai, Chongqing, Hangzhou, Beijing, Nanjing, Wuhan dan Kumming antara destinasi berkhemah yang paling hangat.

Data pembekal perkhidmatan tempahan tiket, Ctrip pula menunjukkan produk pelancongan yang berkaitan dengan perkhemahan dalam 20 Februari hingga 6 Mac meningkat 39% berbanding dengan dua minggu sebelumnya (5 Februari hingga 19 Februari), melonjak 102% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jumlah tempahan penginapan untuk perkhemahan juga naik 52% berbanding tahun lepas dan meningkat 37 kali ganda berbanding tahun 2019. Setakat ini, Beijing, Lingshui, Guangzhou, Jinan, Leshan, Xiamen, Lijiang, Baoshan, Zhangzhou dan Hangzhou tersenarai sebagai sepuluh tempat dengan paling banyak tempahan penginapan untuk perkhemahan.

Selain itu, trend berkhemah tahun ini membawa kepada wujudnya aktiviti bersantai baharu, seperti “Khemah + Hayati Bunga”, “Khemah + Murder Mystery Game”, “Khemah + Konsert Live” “Khemah + Jamuan Teh (yang Dididihkan atas Dapur)”, yang amat disukai golongan muda, apabila hotel, restoran, kedai kopi, dewan acara tertutup turut menceburi perkhidmatan perkhemahan.

Menurut statistik Mafengwo, satu forum pelancongan, kepopularan “khemah” telah meningkat 115% sejak bermulanya bulan Mac. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan