Roket Baharu China Bawa Manusia ke Bulan pada 2027

(CRI)Selasa 14 Mac 2023

Penyelidikan dan pembangunan roket pembawa bermanusia generasi baharu China sedang dilaksanakan dengan lancar, dan dijangka dilancarkan pada 2027.

Menurut Ketua Pereka Bentuk Roket Pembawa Long March 2F Korporat Sains dan Teknologi Angkasa Lepas China (CASC), Rong Yi, roket terbabit adalah untuk pelancaran kapal bermanusia generasi baharu dan pendarat bulan.

Dimaklumkan, kapasiti pengangkutan untuk orbit bulan pada masa depan adalah 27 tan, manakala kemampuan pengangkutan bagi orbit di Bumi pula adalah sekitar 70 tan.

Sementara itu, pelbagai teknologi baharu seperti penerbangan pintar akan digunakan bagi memperhebat kebolehpercayaan roket pembawa generasi baharu itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan