Kerjasama AUKUS Dikritik Keputusan Paling Buruk Australia

(CRI)Khamis 16 Mac 2023

Kerjasama pembinaan kapal selam berkuasa nuklear yang dilaksanakan Australia dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain merupakan ‘keputusan paling buruk’ yang dibuat kerajaan Australia dalam tempoh seabad lalu.

Mantan Perdana Menteri Australia, Paul John Keating pada Rabu menyatakan keputusan berkenaan tidak bermanfaat bagi kepentingan Australia dan keselamatan serantau.

Beliau berkata kerjasama menerusi pakatan AUKUS itu akan menyebabkan Australia mengeluarkan belanja yang amat besar kepada korporat pertahanan AS dan Britain.

Tambah beliau, tiada mana-mana pihak yang akan beroleh keuntungan dengan membina kapal selam berkuasa nuklear untuk mengekang China, sedangkan China tidak menjadi ancaman kepada AS.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan