AS yang Bekalkan Senjata ke Medan Ukraine

(CRI)Selasa 21 Mac 2023

Pihak yang membekalkan senjata ke medan Ukraine bukan China, melainkan Amerika Syarikat (AS). Washington digesa segera menghentikan tindakan yang menyebabkan situasi semasa meruncing, dan memainkan peranan bersifat membina bagi menyelesaikan krisis terbabit secara politik.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam susulan kenyataan mengenai China yang dikeluarkan tokoh berkenaan dari kerajaan AS.

Wang berkata, China sejak sekian lama bersikap objektif dan adil dalam menangani masalah Ukraine. Apa yang dibuat China justeru adalah untuk memujuk pihak terbabit berdamai dan berunding. China yang menekankan kedamaian, dialog dan kebetulan sejarah akan terus mengoptimumkan peranan bersifat membina bagi menangani krisis itu secara politik.

"Menyentuh apa yang disebut kenyataan dari sumber kerajaan AS, saya ingin menegaskan, pihak yang menyediakan senjata ke medan Ukraine bukan China, melainkan AS ," kata Wang. AS seharusnya menghentikan perbuatannya yang berlagak menuding jari, menggugat dan mengancam.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan