Penduduk Jerman Protes Bekalan Senjata ke Ukraine

(CRI)Isnin 27 Februari 2023

Puluhan ribu penduduk Jerman mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di Brandenburg Gate, Berlin pada Sabtu, sebagai memprotes pembekalan senjata kepada Ukraine dan menyeru penyelesaian damai bagi konflik serantau.

Dianjurkan ahli politik bersayap kiri Sahra Wagenknecht serta pejuang feminis veteran Alice Schwarzer, protes itu menuntut kerajaan Jerman supaya berhenti membekalkan senjata ke Ukraine, mengelakkan situasi di medan perang bertambah tegang, dan mengurangkan risiko tercetusnya perang dunia dan perang nuklear.

Penunjuk perasaan menggesa perlunya rundingan diplomatik dilakukan dalam penyelesaian konflik berkenaan.

Sejak petisyen ‘Uprising for Peace’ dilancarkan pada 10 Februari, lebih daripada 600,000 tandatangan dikumpul antaranya termasuk 69 wakil dari kalangan ahli politik, sains dan sosial.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan