Xi Jinping Melawat Rusia

(CRI)Selasa 21 Mac 2023

Presiden China, Xi Jinping berlepas dari Beijing ke Moscow dengan menaiki kapal terbang khas pagi tadi.

Kemudian pada sebelah petang tadi, kapal terbang yang dinaiki Xi mendarat di Lapangan Terbang Vnukovo, Moscow, menandakan bermulanya lawatan rasmi di Rusia.

Xi dalam ucapan tertulis yang disampaikan di lapang terbang itu menyatakan bahawa beliau berbesar hati kerana dapat sekali lagi menjejak kaki di wilayah Rusia, dan menjalankan lawatan di negara jiran yang mempunyai persahabatan tardisional itu. Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyampaikan salam ikhlas dan mogaan baik kepada kerajaan dan rakyat Rusia.

Xi menanti-nantikan pertukaran pendapat secara mendalam dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin tentang hubungan bilateral serta isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan bersama agar menggaris pelan untuk koordinasi strategik dan kerjasama substantif kedua-dua negara pada fasa baharu. Beliau yakin lawatan kali ini pasti berjaya dan berhasil, sekali gus boleh menyuntik momentum baharu kepada Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif China-Rusia yang berkembang dengan sihat dan stabil pada era baharu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan