Telatah Panda “Dingding” Cuit Hati Pelancong

Telatah Panda “Dingding” Cuit Hati Pelancong
Panda Gergasi “Dingding” yang memang comel. (foto: Weng Qiyu/People.cn)

Pada 19 Mac 2023 waktu tempatan, pelancong datang berpusu-pusu ke Zoo Moscow untuk melihat panda gergasi "Ruyi" dan "Dingding". Difahamkan, Pavilion Panda telah menjadi venue yang paling popular di zoo itu selama empat tahun berturut-turut.

"Ruyi", panda gergasi jantan, dilahirkan pada Julai 2016 di Pangkalan Ya'an Bifengxia kendalian Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China manakala "Dingding", panda gergasi betina, dilahirkan pada Julai 2017 di Pangkalan Wolong. Pada 2019, sempena ulang tahun ke-70 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Rusia, kedua-dua panda gergasi datang ke Rusia selaku "utusan persahabatan" dan akan tinggal di sana selama 15 tahun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan