China Bersama Pelbagai Pihak Dorong Perkembangan Hak Asasi

(CRI)Selasa 21 Mac 2023

Baru-baru ini, Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva ketika mewakili lebih 70 buah negara berucap dalam sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) menekankan bahawa sempena ulang tahun ke-75 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), masyarakat antarabangsa yang tidak pernah berhenti dalam memperjuangkan sasaran yang terkandung dalam perisytiharan itu telah mencapai hasil yang penting tatkala menyahut cabaran yang rumit dan kritikal.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam turut memaklumkan bahawa wakil tetap China dalam ucapannya telah mengemukakan empat cadangan untuk melaksanakan terus perisytiharan itu, iaitu hak asasi dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan pembangunan adalah sama penting dengan hak politik dan perlu didorong secara seimbang. Hak pembangunan perlu dilaksanakan dengan berpusatkan rakyat. Jalan pembangunan hak asasi yang dipilih oleh setiap negara perlu dihormati. Pelbagai pihak juga perlu memupuk konsensus dan mengelakkan hak asasi daripada dipolitikkan dan diperalat demi perkembangan dan perlindungan yang konsisten.

Wang menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak menjalankan dialog dan kerjasama dalam bidang hak asasi berdasarkan prinsip sama rata dan saling menghormati, dengan aktif mengambil bahagian dalam tadbir urus hak asasi sejagat dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan