Plot Beralasan Hak Asasi Campur Tangan Urusan Dalaman Negara Lain Mustahil Berhasil

(CRI)Jumaat 21 Oktober 2022

Plot beberapa negara yang beralasan hak asasi manusia mencuba mencampuri urusan dalaman negara lain mustahil berhasil. Wakil sementara Delegasi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam sesi perdebatan umum Jawatankuasa ketiga Perhimpunan Agung PBB ke-77 mengenai topik hak asasi pada 19 Oktober lalu.

Dai menyatakan bahawa Jawatankuasa ketiga PBB adalah platform untuk kegunaan dialog dan kerjasama, dan bukan gelanggang untuk berlawan dan berpisah. Kesatuan Eropah, Britain dan Czech yang menyalahgunakan platform ini sedang degil melakukan satu plot yang bertujuan mencetus pertentangan, mempolitikkan isu hak asasi dengan sengaja dan menjadikannya sebagai alat untuk mencampuri urusan dalaman negara lain, yang sebenarnya tidak akan berhasil. Modus operandi mereka yang berniat jahat memfitnah dan mencoret arang pada muka China melalui isu Xinjiang, Hong Kong dan Tibet dan mengacaubilaukan China, ditakdir hanya akan menjadi sia-sia sahaja. Langkah kemajuan China adalah tidak terhalang, tak kira menghadapi apa-apa pun gimik dan lakonan yang gabas dan keji dari segelintir negara.

Dai berkata, Kesatuan Eropah dan beberapa negara termasuk Britain dan Czech sudah biasa bertindak menuding jari terhadap keadaan hak asasi di negara membangun tetapi tidak pernah mengadakan introspeksi tentang catatan buruk dalam bidang hak asasi di dalam negeri sendiri. Bukankah ini amalan hipokrit dan dwistandard belaka. Mereka patut mengambil tindakan sebenar untuk mengkaji diri, menjelaskan kebertanggungjawapan dan memberikan pampasan kepada mereka yang menjadi mangsa dalam bidang diskriminasi kaum, xenofobia, pencabulan hak pelarian dan pendatang asing tanpa izin (PATI), penderaan kanak-kanak orang asli dan sebagainya.

Dai menyatakan bahawa China bersedia berpandukan sama rata dan saling menghormati menjalankan dialog dan kerjasama mengenai hak asasi dengan pelbagai pihak, memacu usaha memelihara hak asasi dalam senario global dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Gaya Hidup