Sambutan Ulang Tahun ke-7 Kerjasama Lancang-Mekong di Myanmar

(CRI)Isnin 27 Mac 2023

Untuk menyambut ulang tahun ketujuh Kerjasama Lancang-Mekong (LMC), kerajaan Myanmar mengadakan satu majlis resepsi sempena pameran pencapaian projek yang diusahakan dengan dana khas LMC di Nay Pyi Taw pada Khamis lalu.

Menteri Luar Myanmar U Than Swe dalam majlis itu berkata, sebanyak lebih daripada 600 projek dilaksanakan dengan menggunakan dana Khas LMC dan ini turut memberi sumbangan penting kepada pembangunan serantau.

“92 projek dalam 34 sektor di Myanmar dijalankan dengan bantuan dana khas itu, dan ini membawa manfaat ketara kepada rakyat Myanmar. Kami mengucapkan terima kasih kepada bantuan pihak China.

“Sebagai negara pengerusi bersama, Myanmar bersedia bekerjasama dengan negara anggota LMC untuk menyumbang kepada kedamaian, kemakmuran dan pembangunan mampan rantau ini,” katanya.

Duta besar China ke Myanmar, Chen Hai pula meluahkan keyakinan bahawa pembangunan China pasti akan menyediakan peluang yang lebih baik untuk pembangunan negara-negara di sepanjang sungai Mekong.

LMC sebagai mekanisme kerjasama sub-kawasan model baharu yang berkonsepkan berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, dilancarkan pada Mac 2016 berdasarkan penglibatan China, Kemboja, Myanmar, Laos, Thailand dan Vietnam.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan