Usahawan China Realisasi Impian Pandu Kapal Terbang Sendiri

Usahawan China Realisasi Impian Pandu Kapal Terbang Sendiri
Foto yang diambil pada 14 Mac 2023 menunjukkan sebuah rotorkraf buatan syarikat Yang Shiyi di bandar Luoyang, provinsi Henan, bahagian tengah China. (Foto: Xinhua)

Usahawan China, Yang Shiyi berjaya merealisasikan impiannya sejak zaman kanak-kanak untuk memandu kapal terbang sendiri.

Sejak minatnya terhadap kapal terbang disemai seawal di bangku sekolah rendah, Yang terus-menerus belajar mengenai kapal terbang, menanam cita-cita untuk terbang melayang di langit dengan memandu pesawat udara buatan sendiri. Dia kemudiannya mengasaskan sebuah syarikat dengan kawan-kawannya di Luoyang, provinsi Henan, khusus mengeluarkan rotorkraf dan dron bersaiz besar dengan pemerolehan sijil model dan lesen pengeluaran daripada Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam China.

Yang dan pasukan penyelidikannya melancarkan rotorkraf yang dikendalikan oleh manusia untuk tujuan penyelamatan, rondaan dan latihan.

"Berbanding dengan tempoh sama tahun lepas, jumlah tempahan yang kami terima melonjak ketara tahun ini. Kami sedang merancakkan pengeluaran bagi memastikan tempahan yang diterima dapat dipenuhi. Kami juga sedang giat menjalankan penyelidikan terhadap produk-produk baharu," kata Yang. "Visi kami bukan sekadar untuk membina rotorkraf. Saya harap melalui usaha ini, kami dapat membuat kenderaan yang mampu mengubah cara orang bergerak."

Gaya Hidup

Berita Berkaitan