REITs Tenaga Baharu Tersenarai di Bursa Shanghai

(CRI)Khamis 30 Mac 2023

Kumpulan pertama dua dana pelaburan sekuriti infrastruktur awam tenaga baharu tersenarai di Bursa Saham Shanghai hari ini.

Penawaran awam dana pelaburan sekuriti infrastruktur, yang disebut sebagai REITs, adalah untuk menukar hartanah dengan pendapatan berterusan dan stabil kepada saham dana tersenarai.

Aset asas kumpulan pertama kali ini ialah projek penjanaan tenaga fotovoltaik di Hubei dan Shaanxi serta projek tenaga angin di Jiangsu.

Menurut pakar, kemunculan projek tenaga baharu dalam bidang REITs adalah inovasi pembiayaan China dalam bidang tenaga baharu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan