Rel HSR Jakarta-Bandung Siap Dipasang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 03 April 2023

Pekerja-pekerja memasang bahagian terakhir bagi rel HSR Jakarta-Bandung di Stesen Halim, Jakarta, Indonesia. (Foto/ CREC)

Pekerja-pekerja memasang bahagian terakhir bagi rel HSR Jakarta-Bandung di Stesen Halim, Jakarta, Indonesia. (Foto/ CREC)

Pada 31 Mac, satu majlis diadakan di Jakarta, Indonesia bagi meraikan siapnya pemasangan rel kereta api laju (HSR) Jakarta-Bandung.

Menurut China Railway Group Ltd. (CREC), laluan HSR Jakarta-Bandung sepanjang 142.3 kilometer. Rel yang dipasang adalah keluaran China dengan panjang keseluruhan 308.3 kilometer dan lebarnya 500 meter. Teknologi serta peralatan kimpalan yang digunakan dalam pemasangan rel juga dari China. Konsortium syarikat pembinaan China diketuai CREC yang bertanggungjawab atas pemasangan rel tersebut.

Pekerja-pekerja memasang bahagian terakhir bagi rel HSR Jakarta-Bandung di Stesen Halim, Jakarta, Indonesia. (Foto/ CREC)

Pekerja-pekerja memasang bahagian terakhir bagi rel HSR Jakarta-Bandung di Stesen Halim, Jakarta, Indonesia. (Foto/ CREC)

Difahamkan bahawa, HSR Jakarta-Bandung merupakan HSR pertama di Indonesia dengan kelajuan maksimum 350 kilometer sejam. Ia juga satu projek mercu tanda Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) antara China dan Indonesia. Selepas HSR Jakarta-Bandung beroperasi, masa yang diambil untuk perjalanan antara dua bandar itu akan disingkatkan kepada 40 minit daripada tiga jam, bakal memberi manfaat kepada sosioekonomi Indonesia, di samping memberi makna penting kepada kerjasama China-Indonesia dan pelaksanaan BRI.

Satu majlis diadakan di Stesen Halim, Jakarta pada 31 Mac bagi meraikan siapnya rel HSR Jakarta-Bandung (Foto/ CREC)

Satu majlis diadakan di Stesen Halim, Jakarta pada 31 Mac bagi meraikan siapnya rel HSR Jakarta-Bandung (Foto/ CREC)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan