HSR Jakarta-Bandung Ayunkan Langkah Signifikan untuk Operasi

(CRI)Jumaat 11 November 2022

Ujian sistem elektrik katenari bagi laluan Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung, Indonesia telah dilaksanakan secara menyeluruh pada Rabu. Ini juga merupakan penampilan perdana unit multiple elektrik (EMU) buatan China di landasan terbabit.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Khamis menyifatkan ujian terbabit menandakan selangkah yang signifikan untuk operasi rasmi HSR berkenaan pada masa kelak.

Zhao berkata, HSR itu adalah projek ikon bagi pembangunan berkualiti tinggi China-Indonesia dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan juga merupakan cerminan perjuangan China dan negara jirannya yang berpandukan membincang, membangun dan berkongsi bersama serta kerjasama saling untung yang kian diperincikan.

Tambah Zhao, China akan terus memperhebat solidariti dan kerjasama dengan negara-negara membangun khususnya negara-negara berjiran.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan