- Lain-lain
Isu Taiwan Perlu Ditangani dengan Berhemat: MFA
Negara berkenaan dari Amerika Latin dan Caribbean (LAC) diharap dapat menangani isu Taiwan dengan berhemat dan menyertai kerjasama muhibah China-LAC seawal mungkin.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning dalam sesi taklimat pada Isnin apabila diminta mengulas tentang lawatan Tsai Ing-wen ke Guatemala dan Belize baru-baru ini.
Mao menegaskan bahawa hanya terdapat satu China di dunia, dan Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. Kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara.
Fakta itu termaktub dalam Resolusi 2758 yang diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1971, katanya.
Mao berkata kini terdapat 182 buah negara yang menjalin hubungan diplomatik dengan China, mencerminkan prinsip satu China mendapat sokongan meluas masyarakat antarabangsa serta sejajar dengan arus dunia.
Tegas beliau, cubaan 'kemerdekaan Taiwan' nescaya gagal kerana ia bertentangan dengan kehendak dan kepentingan bangsa Cina.