CAEXPO ke-20 Bakal Bawa Produk Vietnam Masuk Pasaran China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 04 April 2023

Tahun ini genaplah 20 tahun sejak perkongsian rakan strategik China-ASEAN dijalinkan dan bermulanya Ekspo China-ASEAN (CAEXPO). Ia juga ulang tahun ke-15 China dan Vietnam mengikat perkongsian rakan strategik komprehensif.

“CAEXPO bakal memberi manfaat kepada produk bermutu tinggi keluaran Vietnam, terutamanya produk pertanian, untuk memasuki pasaran China, mewujudkan peluang bagi perusahaan Vietnam untuk mencari pelaburan,” kata Setiausaha Agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Wei Zhaohui pada 1 April dalam lawatannya ke Vietnam ketika itu.

Pada 2004, sempena CAEXPO pertama, pengeluar kopi Vietnam, Trung Nguyen Legend mencuba-cuba untuk membawa sampel produknya ke ekspo itu tanpa menjangkakan dapat memasuki pasaran China dengan jayanya. Jenama tersebut kini kini telahpun membuka cawangan di Shanghai.

Pengunjung membeli kopi Trung Nguyen Legend pada CAEXPO ke-19. (Foto/Xinhua)

Pengunjung membeli kopi Trung Nguyen Legend pada CAEXPO ke-19. (Foto/Xinhua)

Vietnam juga negara dengan paling banyak pempamer dalam CAEXPO ke-19 yang dianjurkan tahun lepas, iaitu sejumlah 40 syarikat menyertai ekspo tersebut biarpun di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Dimaklumkan bahawa, pihak Vietnam juga sedang giat membuat persediaan bagi CAEXPO ke-20 yang akan datang dengan memberi undangan kepada pengusaha tempatan. Perusahaan Vietnam turut menyuarakan hasrat untuk berkunjung ke Guangxi bagi mempelajari model e-dagang berwadahkan strim langsung yang tular di China.

Menurut Wei, aktiviti seperti Mesyuarat Meja Bulat bagi Kerjasama Pelaburan dan Sidang Pelaburan Taman Perindustrian akan diadakan seperti biasa pada CAEXPO ke-20, memberikan peluang bagi perusahaan Vietnam untuk menarik pelaburan. Turut ditawarkan pelbagai platform dalam atau luar talian bagi pengusaha Vietnam memaparkan dan memperkenalkan produk masing-masing.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan