China Bantah Keras Lawatan Tsai Ing-wen ke AS

(CRI)Khamis 06 April 2023

China membantah sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) mengatur lawatan 'transit' Tsai Ing-wen ke negara itu serta pertemuan antara Tsai dengan Speaker Dewan Perwakilan Kevin McCarthy.

Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata tindakan seumpama secara serius melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta menjejaskan kedaulatan negara dan integriti wilayah China.

“Kami menggesa AS mematuhi prinsip berkenaan, menolak lawatan Tsai dan pertemuannya dengan pegawai tempatan.”

“Kami akan terus memantau perkembangan situasi, serta teguh mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah,” tegas beliau semasa sesi taklimat pada Selasa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan