Hari Qingming: Kenang Jasa Pahlawan, Warisi Khazanah Luhur

(CRI)Khamis 06 April 2023

Mengenang jasa pahlawan antara amalan tradisi rakyat China sempena Hari Qingming setiap tahun.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) pada 2012, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping selalu meluangkan masa mengunjungi tapak-tapak yang penting dalam sejarah Parti.

Pada bulan Oktober 2017 pula, Xi mengetuai anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC berkunjung ke Shanghai dan Jiaxing yang merupakan tempat lahirnya PKC.

"Di sini lahirnya PKC dan bermulanya perjalanan hinggalah bergelar parti pemerintah. Perjuangan tiada batas, anggota PKC perlu mengekalkan aspirasi asalnya," ujar beliau ketika mengimbas kembali sejarah berkaitan penubuhan Parti.

Menurut Xi, dengan menempa aspirasi asal, barulah dapat menenangkan hati generasi perintis, mendapat sokongan rakyat dan melakar kejayaan baharu pada zaman sekarang.

Tidak berapa lama selepas Kongres Kebangsaan ke-20 PKC melabuhkan tirainya pada Oktober tahun lepas, Xi mengetuai barisan pemimpin Parti yang baru dipilih melawat ke Yan’an.

Kata beliau, tradisi mulia dan gaya kerja yang dipupuk dan dilaksanakan PKC semasa zaman Yan’an merupakan khazanah rohani yang berharga buat Parti.

Beliau menegaskan peri pentingnya pewarisan semangat Yan’an yang menjunjung orientasi politik yang teguh dan betul, bimbingan ideologi yang bersifat membebaskan minda dan mencari kebenaran dari fakta, prinsip asas yang berbakti untuk rakyat dengan sepenuh hati, serta semangat keusahawanan menerusi perjuangan berdikari.

Mengenang jasa pahlawan besar maknanya bagi meniti perjalanan baharu.

Seperti yang dinyatakan Xi bahawa bangsa yang penuh harapan tidak dapat lahir tanpa pahlawan, dan nusa yang cerah masa depannya tidak dapat wujud tanpa perintis.

Pahlawan, tulang belakang bangsa. Xi menyifatkan jasa dan semangat para pahlawan membekalkan motivasi untuk mengorak langkah ke hadapan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan