Eropah Perlukan Kemampuan Pilih Rakan Kerjasama secara Mandiri

(CRI)Rabu 12 April 2023

Hanya dengan mempertahankan postur yang terbuka dan berinisiatif dalam bidang ekonomi, barulah Kesatuan Eropah (EU) mampu memilih rakan kerjasama secara mandiri dan memegang nasib dalam tangan sendiri.

Demikian ujar Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam lawatannya di Belanda petang Selasa.

Beliau berkata, EU seharusnya mengekalkan model pembangunan yang tersendiri sekaligus mengelak daripada bergantung pada negara lain atau hidup di bawah naungannya.

Macron menyarankan langkah memperhebat inovasi dan pembaharuan serta mengintensifkan peruntukan dalam pendidikan bagi mempertahankan daya saing. Sementara itu, EU perlu mengembangkan teknologi tinggi. Jika hanya bergantung pada teknologi negara lain sahaja, pihaknya akan menghadapi risiko.

"EU diharap sama untung menerusi perdagangan dalaman yang adil, dan tidak patut melanjutkan perjanjian perdagangan bebas dengan kerajaan dan individu yang tidak menghormati Perjanjian Paris," tegas beliau lagi.

Menurutnya, lima kata kunci demi mempertingkat daya saing EU adalah 'penyatuan pasaran, dasar perindustrian, perlindungan, sama untung dan kerjasama'.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan