Dokumen mengenai Pendirian China dalam Isu Afghanistan Dikeluarkan

(CRI)Khamis 13 April 2023

Dokumen mengenai pendirian China dalam isu Afghansitan disiarkan dalam laman sesawang Kementerian Luar China semalam. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menyatakan bahawa China menggubal dan mengeluarkan dokumen ini adalah untuk membentangkan dasar dan cadangan China dan memacu inisiatif impak masyarakat antarabangsa dan negara serantau untuk bersama-sama memberikan bantuan kepada Afghanistan.

Wang memaklumkan bahawa dokumen itu merangkumi 11 bidang.

Menurut beliau, Sidang Menteri Luar Negara Jiran Afghanistan keempat akan diadakan di Uzbekstan. China bersedia bersama dengan masyarakat antarabangsa termasuk negara jiran Afghanistan mempertingkat koordinasi dan kerjasama untuk membantu Afghanistan secepat mungkin mewujudkan pembangunan yang stabil malah membantu rantau sekitarnya mewujudkan keamanan, kemajuan dan kemakmuran yang konsisten.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan