Komuniti Langit Gelap Antarabangsa China yang Pertama Dianugerahi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 14 April 2023

Pada 10 April, Persatuan Langit Gelap Antarabangsa (IDA) secara rasmi menganugerahkan plak "Komuniti Langit Gelap Antarabangsa Xichong" kepada Pejabat Nan'ao, Daerah Baharu Dapeng, Shenzhen. Xichong merupakan komuniti langit gelap yang pertama di China, dan yang kedua di Asia.

Pada 10 April, Komuniti Xichong di Shenzhen dianugerahi sebagai “Komuniti Langit Gelap Antarabangsa Xichong”. (foto diberikan oleh Biro Meteorologi Shenzhen)

Pada 10 April, Komuniti Xichong di Shenzhen dianugerahi sebagai "Komuniti Langit Gelap Antarabangsa Xichong". (foto diberikan oleh Biro Meteorologi Shenzhen)

Ruskin Kendall Hartley, pengerusi eksekutif IDA berkata bahawa masalah pencemaran cahaya makin memburuk di seluruh dunia pada kadar 10% setiap tahun. Dalam keadaan ini, Xichong di Shenzhen menawarkan harapan untuk memperlahankan perkembangan negatif ini, membuktikan bahawa perlidnungan langit gelap ialah bahagian penting dalam pembangunan hijau.

IDA akan terus menyokong kerjasama dengan Komuniti Langit Gelap Xichong dan berharap model Xichong dapat menggalakkan pembangunan bandar, supaya pelancong yang datang dapat lihat semula kelipan langit malam berbintang.

IDA ialah organisasi antarabangsa pertama di dunia yang khusus untuk melingdungi langit gelap. Di bawah premis memastikan kehidupan dan pengeluaran yang selamat, Komuniti Malam Gelap Antarabangsa yang dipilih akan mengubah dan menaik taraf pencahayaan di kawasan mereka untuk mengurangkan cahaya berlebihan sebanyak mungkin dan melindungi waktu malam daripada pencemaran cahaya. Ini juga bagi meninggalkan langit tulen berbintang kepada generasi akan datang.

Langit berbintang di Xichong, Shenzhen. (foto: Lai Huisheng)

Komuniti Xichong terletak di hujung tenggara Shenzhen. Ia mempunyai ekosistem semula jadi yang paling lengkap di Shenzhen dan merupakan tempat yang adanya paling kurang pencemaran cahaya di Shenzhen. Balai Cerap Shenzhen, yang terletak di Komuniti Xichong juga satu-satunya balai cerap di selatan China.

Pada Ogos 2012, kerja penubuhan Komuniti Langit Gelap Xichong dilancarkan secara rasmi, mendapat sokongan meluas daripada rakyat. Selepas itu, bilangan pelancong yang datang ke Xichong untuk menyertai aktiviti seperti pemerhatian astronomi, popularisasi sains dan perkhemahan meningkat ketara setiap tahun.

Zhang Hua, timbalan datuk bandar Shenzhen berkata bahawa Shenzhen akan terus meneroka model baharu untuk penubuhan Komuniti Langit Gelap Antarabangsa di bandar raya seumpama.

Gaya Hidup