Acara Sukan Serlah Potensi Bandar Wuhan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 18 April 2023

Maraton Wuhan 2023.

Maraton Wuhan 2023. (People's Daily Online/Zhang Pei)

Maraton Wuhan yang telah tertangguh selama tiga tahun dilancarkan semula pada 16 April. Seramai 26,000 orang menyertai larian yang menyusuri Jalan Zhongshan yang bersejarah ratusan tahun, merentasi Jambatan Sungai Yangtze Wuhan yang digelar sebagai “Jambatan No.1 di Sungai Yangtze”. Laluan membawa pelari melalui East Lake Greenway yang berperingkat antarabangsa, sambil menyaksikan keindahan alam serta kekayaan sejarah bandar Wuhan.

Sejak penganjuran kali pertamanya pada tahun 2016, Maraton Wuhan pantas mencatat nama, hinggalah kini tersenarai sebagai salah satu daripada China Marathon Grand Slam.

“Penganjuran Maraton Wuhan diatur dengan sangat rapi. Ia umpama satu perjalanan siar-siar di Wuhan,” demikian ujar Zhang, pelari maraton.

Selain daripada maraton, tahun-tahun kebelakangan ini Wuhan menganjurkan pelbagai acara sukan bertaraf antarabangsa seperti kejohanan tenis Terbuka Wuhan, Lumba Basikal Tour of China dan Kejohanan Badminton Asia, yang sudah menjadi salah tarikan bagi bandar ini. Kini industri sukan yang berkembang pesat di Wuhan juga memberikan momentum dalam menggalakkan penyertaan warga tempatan dalam sukan massa.

Acara “16 Julai” 2022. (Xinhua)

Acara “16 Julai” 2022. (Xinhua)

Acara “16 Julai”, satu aktiviti tahunan merentasi Sungai Yangtze telah menjadi satu amalan bagi warga Wuhan. Maraton Atas Air Wuhan menaikkan nama Wuhan sebagai “Bandar dengan Ratusan Tasik”. Selain itu, Wuhan juga penganjur bagi Festival Lumba Kuda Antarabangsa, acara sukan lumba kuda yang berperingkat tertinggi di China.

Wuhan Sports Consumption Expo 2023.

Wuhan Sports Consumption Expo 2023. (People's Daily Online/Zhang Pei)

Sempena Maraton Wuhan, Wuhan Sports Consumption Week turut dilancarkan pada April. Turut diadakan Wuhan Sports Consumption Expo yang disertai 140 syarikat meliputi pengendalian acara sukan, peralatan sukan dan teknologi pintar sukan, selain juga Persidangan Pelaburan Sukan Wuhan yang menyaksikan termeterainya 43 projek melibatkan pelaburan bernilai 14.269 bilion yuan.

Dalam Wuhan Sports Consumption Week, baucar bernilai 10 juta yuan telah diedarkan untuk menggalakkan penggunaan dalam sektor sukan. Penyertaan warga Wuhan dalam sukan memperlihatkan momentum yang kuat dengan 49.64% warga mengakui sering menyertai aktiviti sukan. Keluasan padang sukan per kapita pula mencapai 2.45 meter persegi di Wuhan.

Temasya Sukan Wuhan yang baru saja menutup tirai akhir-akhir ini muncul sebagai acara sukan massa yang paling pengaruh di Wuhan dan juga dikenali sebagai “Sukan Olimpik di Sisi Kita” dan “Karnival Milik Kita” di kalangan warga Wuhan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan