Guizhou Bangunkan Format Ekonomi "Jambatan+Pelancongan"

Di Guizhou yang digelar sebagai "muzium jambatan", jambatan bukan sahaja menjadi cara pengangkutan yang menembusi halangan lalu lintas, tetapi juga sebahagian pemandangan indah. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan bantuan sumber jambatan, Guizhou telah meneroka jalan pembangunan baharu bagi industri pelancongan termasuk "jambatan+sukan ekstrim", "jambatan+penyelidikan", "jambatan+tempat tarik" dan sebagainya.

Jambatan Sungai Baling. (foto: Tu Min/People.cn)

Jambatan Sungai Baling. (foto: Tu Min/People.cn)

Jambatan Sungai Baling terletak di Guanling dengan panjang kesuluruhannya 2.237 meter, rentang utama 1,088 meter, tembok tertinggi 202 meter, dan ketinggian jambatan lebih 370 meter. Ia memenangi anugerah tertinggi bagi kualiti projek pembinaan iaitu Anugerah Luban Kejuruteraan Pembinaan China.

Jambatan Sungai Baling ialah jambatan sepanjang 1,000 meter pertama di dunia yang terletak di ngarai pergunungan, dan juga yang pertama di Guizhou yang bahagian dalamnya dibuka kepada orang ramai untuk bersiar-siar. Ia juga merupakan pangkalan sukan esktrim global yang menawarkan sukan ekstrim termasuk terjun lelabah, buaian altitude tinggi, payung terjun dan luncur layar.

Terjun lelabah di Jambatan Sungai Baling setinggi 370 meter, setara dengan ketinggian bangunan 120 tingkat. Ia merupakan kemudahan komersial terjun lelabah tertinggi di dunia.

Bergantung pada jambatan bertaraf dunia ini, format pelancongan baharu terus diteroka. Muzium Sains dan Teknologi Jambatan Sungai Baling yang meliputi lebih 6,000 meter persegi dibina untuk mempamerkan sejarah pembinaan dan inovasi teknologi jambatan di Guizhou. Kini, ia telah menjadi pangkalan pendidikan praktikal yang menggabungkan penyelidikan, pendidikan dan pelancongan. Sejak tahun lalu, muzium ini telah mengalu-alukan lebih 40,000 orang daripada pasukan penyelidikan dalam dan luar provinsi Guizhou.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan