Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Tembaga Akupunktur Naikkan TCM ke Peringkat Antarabangsa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 21 April 2023

Di ibu pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, Switzerland, terletak sebuah patung tembaga akupunktur. Tingginya 1.8 meter, seluruh badannya ditandai 559 titik akupunktur. Ia hadiah daripada Presiden China, Xi Jinping ketika membuat lawatan rasmi ke WHO pada 18 Januari 2017.

Patung tembaga akupunktur adalah salah satu alat yang digunakan dalam pengajaran serta penilaian pengamal akupunktur, dilihat sebagai lambang kepada perubatan tradisional Cina (TCM). Akupunktur juga telah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan.

Satu patung tembaga akupunktur dihadiahkan kepada WHO oleh Presiden China, Xi Jinping pada 18 Januari 2017. (Xinhua/Li Xueren)

Satu patung tembaga akupunktur dihadiahkan kepada WHO oleh Presiden China, Xi Jinping pada 18 Januari 2017. (Xinhua/Li Xueren)

Dalam majlis penyampaian hadiah, Presiden Xi bersama Ketua Pengarah WHO semasa, Margaret Chan, merasmikan patung tembaga tersebut dan memberi ucapan. Kata Xi, adalah suatu keharusan untuk giat mewariskan, mengembangkan dan mengaplikasikan perubatan, dan mendorong integrasi perubatan tradisional dan perubatan moden yang lebih mantap dengan minda yang terbuka.

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Ketua Pengarah WHO semasa, Margaret Chan pada 18 Januari 2017. (Xinhua/Wu Xiaoling)

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Ketua Pengarah WHO semasa, Margaret Chan pada 18 Januari 2017. (Xinhua/Wu Xiaoling)

Presiden Xi Jinping sering kali mempromosikan TCM di peringkat antarabangsa. Pada November 2014, Beliau menyaksikan termeterainya perjanjian kerjasama antara Beijing University of Chinese Medicine dan Western Sydney University untuk menubuhkan pusat TCM. Tertulis dalam artikel Xi Jinping yang diterbitkan di media Afrika Selatan bahawa TCM seperti akupunktur dan bekam telah membawa manfaat kepada rakyat Afrika Selatan. Pada Disember 2022, sempena Sidang Kemuncak China-Arab, Xi Jinping menganjurkan Lapan Tindakan Bersama untuk memperkasakan kerjasama pragmatik China-Arab yang merangkumi pelancaran lima projek kerjasama TCM di negara-negara Arab.

Setakat ini, TCM dapat diakses di lebih 196 negara atau wilayah. Kerajaan China telah menjalinkan perjanjian kerjasama TCM dengan 40 kerajaan asing, badan-badan serantau serta organisasi antarabangsa. Sebanyak 75 pusat kerjasama antarabangsa TCM serta 31 pusat eksport perkhidmatan TCM telah siap dibina atau dalam pembinaan.

Gaya Hidup