Rentak Maraton Gerak Semula Ekonomi China

Pada 16 April, bermulalah maraton di bandar-bandar seperti Beijing, Shanghai dan Wuhan. Sepanjang hujung minggu lalu, hampir 30 acara serupa telah diadakan. Seiring dengan langkah bandar-bandar berkenaan “menghidupkan semula” acara maraton, ekonomi berteraskan maraton juga turut meningkat. Daripada penggunaan barangan sukan kepada pelancongan dan kebudayaan, banyak syarikat merebut kesempatan daripada gelombang "demam maraton" ini untuk melancarkan promosi produk mereka.

Pengurusan Pertandingan yang Aktif

"Selepas berlari Separuh Maraton Beijing hari ini, jumlahnya tiga maraton yang telah saya sertai sejak awal tahun. Saya akan pergi ke Baoding untuk bertanding pada 30 April, dan juga merancang berlari dalam maraton pada Mei dan Jun nanti." Sejak 2015 hingga sekarang, pencinta maraton veteran Wei sudah merentasi jarak larian 5,000 kilometer dalam masa lapan tahun ini.

Ramai lagi seperti Wei, menjadikan acara maraton berlangsung dengan rancak di seluruh negara. Laporan Kerja Persatuan Olahraga Larian Jalan China 2023 menunjukkan bahawa pada separuh pertama tahun ini, 133 acara larian jalan raya telah didaftarkan. Di seluruh dunia, Persekutuan Olahraga Dunia telah mengumumkan acara maraton 2023 yang diperakui oleh mereka berjumlah 238 acara. Antaranya, sebanyak 67 adalah di China, meletakkan negara ini di tempat pertama di dunia.

Sejak 1981, maraton telah berkembang secara beransur-ansur daripada pertandingan atlet profesional kepada "sukan rakyat". Hanya dalam tempoh 40 tahun, bilangan peserta telah meningkat sebanyak 232 kali ganda, dan liputan larian jalan raya di bandar raya seluruh negara telah mencapai 85.33%.

Dalam ekonomi, "kitaran maraton" secara amnya ditafsirkan selepas KDNK per kapita melebihi 5,000 dolar AS. Acara larian jalan raya yang diwakili oleh maraton ini akan menyambut zaman kegemilangan jumlah perbelanjaan penggunaan sukan.

Sejak 2011, acara maraton di China telah memasuki lorong pantas, dan larian jalan raya serta rentas desa yang diadakan di seluruh negara mula menunjukkan pertumbuhan pesat. Pada tahun ini juga KDNK per kapita negara China melebihi AS$5,000.

Separuh Maraton Beijing 2023. (Foto/Xinhua)

Separuh Maraton Beijing 2023. (Foto/Xinhua)

Faedah yang Lumayan

Menurut Guo Bin, Timbalan Setiausaha Agung Pangkalan Penyelidikan Industri Sukan Negara Universiti Peking, kekerapan penganjuran acara maraton baru-baru ini bukan sahaja memeriahkan aktiviti pertandingan semasa dan prestasi pasaran penggunaan sukan, tetapi juga membawa mata pertumbuhan ekonomi baharu kepada bandar yang sekali gus merangsang pembangunan industri dan bidang lain.

"Maraton penuh ialah 42.195 kilometer, dan separuh maraton ialah 21.0975 kilometer. Sama ada separuh atau penuh, kos penyertaan berbelas maraton dalam setahun kira-kira RMB 30,000 hingga RMB 50,000," anggar Wei. Jika mengambil bahagian dalam maraton di luar negara, kosnya lebih tinggi.

Pelari maraton sudah biasa pergi ke tempat lain untuk bertanding. Menurut Bao Bo, pengarah Maraton Wuhan, 35% hingga 40% peserta larian di Wuhan adalah orang tempatan, kira-kira 60% lagi adalah peserta dari tempat lain. Ini bermakna selain yuran pendaftaran, pelari juga akan berbelanja di bandar tempat maraton diadakan, secara tidak langsung memacu pembangunan ekonomi bandar tuan rumah.

Laporan menunjukkan bahawa pada tahun 2020, pelari China membelanjakan purata lebih daripada RMB 11,000 setiap orang, termasuk untuk peralatan latihan harian, pakaian, makanan dan perbelanjaan lain. Dari segi pelancongan tambahan, 50% daripada pelari telah menyertai pertandingan di tempat lain, dan purata perbelanjaan pada tahun lalu ialah RMB 4598.84. Sebanyak 71% daripada pelari yang datang dari tempat lain akan menikmati juadah tempatan dan snek istimewa, dan 64% akan pergi bersiar-siar di kawasan sekitar.

Memandangkan penganjuran maraton membawa ratusan juta dolar kepada nilai ekonomi bandar, semakin banyak kerajaan tempatan menganggapnya sebagai "kunci mempopularkan bandar". Mengambil Maraton Xiamen sebagai contoh, Laporan Penyelidikan Perkembangan Industri Sukan di Xiamen pada 2021 menunjukkan bahawa sejak Maraton Xiamen mula dianjurkan, bilangan peserta telah melebihi 720,000. Mereka membawa manfaat ekonomi menyeluruh sebanyak RMB 4.49 bilion dan nilai jenama mencapai RMB 2.293 bilion.

Chongqing juga mendapat manfaat daripada acara maraton dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada 2023, Chongma (Maraton Chongqing) akan menarik 30,000 peserta dari 347 bandar di seluruh dunia, yang 81% daripadanya adalah pelari dari wilayah dan bandar lain. Semasa acara itu, penganjur turut melancarkan Festival Penggunaan Antarabangsa Chongma 2023 untuk mempromosikan pembangunan penggunaan dalam sektor katering tempatan dan aspek lain.

Zhang Qing, pengasas Syarikat Perunding Sukan Keyway memberitahu Beijing Business Daily, "pemulihan acara maraton telah mengaktifkan rantaian industri huluan dan hiliran yang dipromosikan secara langsung, termasuk barangan sukan, makanan dan minuman, peranti boleh pakai, perkhidmatan teknikal dan sebagainya.”

Terdapat rakan dalam perniagaan pingat di sekitar Zhang Qing. "Mereka bukan sahaja menyediakan pingat untuk acara itu, tetapi juga rak pingat, pameran seni pingat, dan lain-lain. Dengan pemulihan acara-acara maraton, pelbagai peluang baharu telah dibuka untuk perniagaan yang kelihatan kecil," kata Zhang Qing.

Maraton Xiamen 2023. (Foto/Xinhua)

Maraton Xiamen 2023. (Foto/Xinhua)

Persaingan Sengit dalam Pemasaran

Acara maraton juga merupakan salah satu tuntutan pemasaran sukan untuk jenama utama.

Dalam Maraton Wuxi 2023 pada Mac tahun ini, Enock ONCHARI, pelari tajaan jenama Li-Ning memecahkan rekod dan memenangi acara perlumbaan lelaki dalam masa 2 jam, 7 minit dan 19 saat.

Anta tidak ketinggalan. Philimon Kipchumba memakai Anta C10 PRO dan memenangi Kejohanan Maraton Xiamen 2023 dengan masa 2 jam, 08 minit dan 04 saat.

Xtep sekali lagi mendominasi kejohanan lelaki dan wanita dalam Separuh Maraton Beijing. Juara kasut larian 160X 3.0 PRO membantu peserta lelaki mengungguli kedudukan tiga teratas. Statistik menunjukkan bahawa Xtep telah menaja lebih daripada 1,000 acara dan aktiviti maraton sejak tajaan pertama pada tahun 2007. Mendapat keuntungan daripada maraton itu, hasil jenama utama Xtep mencecah RMB 11.128 bilion pada tahun 2022, peningkatan ketara sebanyak 25.9% tahun ke tahun, yang mana kasut lari menyumbang hasil jualan utama.

Sebagai tambahan kepada persaingan jenama sukan, maraton juga telah menarik minat banyak syarikat makanan dan minuman. Sebagai contoh, Maraton Wuhan tahun ini ditaja oleh lebih daripada 20 syarikat.

Institusi kewangan juga aktif menyokong acara berkaitan maraton. Difahamkan bahawa Huaxia Fund menaja Separuh Maraton Beijing, Shanghai Pudong Development Bank menaja Separuh Maraton Shanghai, sementara Maraton Wuhan 2023 ditaja oleh Bank of China.

Maraton Wuhan 2023. (Foto/Xinhua)

Maraton Wuhan 2023. (Foto/Xinhua)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan