Pameran Serikan Sambutan Hari Bahasa Cina di Beijing

Bersempena dengan Hari Bahasa Cina Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa China menganjurkan satu majlis sambutan di Beijing pada 20 April. Majlis turut diserikan oleh pameran lukisan isteri Duta Besar Indonesia ke China, Puan Sih Elsiwi Handayani Oratmangun yang bertema “A Vibrant Life Chronicled on Canvas”.

Pameran lukisan isteri Duta Besar Indonesia ke China, Puan Sih Elsiwi Handayani Oratmangun dirasmikan pada Hari Bahasa Cina PBB di Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa China. (Foto/People's Daily Online)

Menurut Puan Sih Elsiwi, kini tahun kelima beliau berada di China. Tempat-tempat menarik seperti taman-taman, muzium-muzium dan gunung-gunung di China telah menjadi sumber inspirasi untuk beliau menghasilkan pelbagai karya kreatif. Awal tahun ini, beliau mengunjungi bandar Chengdu, ibu provinsi Sichuan. Karya lukisan yang dihasilkan berdasarkan pengalaman Puan Sih Elsiwi di Chengdu turut dipaparkan di pameran tersebut.

Karya kreatif Puan Sih Elsiwi Handayani Oratmangun, dipaparkan di Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa China pada 20 April. (Foto/People’s Daily Online)

Karya kreatif Puan Sih Elsiwi Handayani Oratmangun, dipaparkan di Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa China pada 20 April. (Foto/People’s Daily Online)

Memory of Chengdu, karya Puan Sih Elsiwi Handayani Oratmangun, dipaparkan di Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa China pada 20 April. (Foto/People's Daily Online)

Memory of Chengdu, karya Puan Sih Elsiwi Handayani Oratmangun, dipaparkan di Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa China pada 20 April. (Foto/People's Daily Online)

Gaya Hidup