Memupuk Tabiat Membaca di Seluruh Masyarakat

(CRI)Ahad 23 April 2023

Memupuk tabiat membaca di seluruh masyarakat bagi pembinaan kebudayaan yang asas.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Biro Politik yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Li Shulei ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Persidangan Membaca Kebangsaan China edisi kedua yang diadakan di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang hari ini.

Beliau berkata, usaha harus diperkasakan untuk menerbitkan lebih banyak buku unggul, di samping meningkatkan kualiti bahan cetakan untuk memenuhi permintaan rakyat.

Pada masa yang sama, mempercepat pembentukan rangkaian perkhidmatan yang meliputi penduduk di seluruh negara dan menyediakan suasana membaca yang lebih baik di kalangan rakyat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan