Perkhidmatan Pos Laju Catat Operasi Mantap

(CRI)Isnin 24 April 2023

Perkhidmatan pos laju China mencatatkan prestasi mantap apabila jumlah kumulatif pengumpulan bungkusan mencecah 2.673 bilion bagi tempoh 17 hingga 23 April, naik sebanyak 6.54 peratus berbanding seminggu sebelumnya.

Data rasmi menunjukkan, bagi tempoh sama, jumlah kumulatif penghantaran barang kendalian pos laju direkodkan meningkat 5.83 peratus kepada 2.651 bilion.

Selain itu, operasi pengangkutan kargo melalui rel kekal mantap, menyaksikan jumlah muatan barang melepasi 74.8 juta tan, manakala truput kontena di pelabuhan melebihi 5.55 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU), menokok 4.59 peratus.

Gaya Hidup