Riang Ria Hari Raya 3 Mac Etnik Zhuang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 25 April 2023

Pada pagi 22 April, daerah Dahua di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi mengadakan aktiviti laga telur, salah satu acara dalam siri Karnival 3 Mac Etnik Zhuang.

Aktiviti laga telur. (foto: Li Hongying/People.cn)

Aktiviti laga telur. (foto: Li Hongying/People.cn)

Pada hari itu, penduduk memakai baju tradisional etnik, membawa beg yang berisi penuh dengan telur ayam dan telur itik yang berwarna-warni, mendaki ke puncak gunung. Di sana, mereka memeriahkan perayaan dengan pelbagai aktiviti termasuk laga telur, menyanyi lagu rakyat, menangkap ikan, menari tarian tiang buluh dan bertanding membawa pengantin.

Pertandingan membawa pengantin. (foto: Li Hongying/People.cn)

Laga telur ialah salah satu aktiviti rakyat utama pada hari raya 3 Mac etnik Zhuang, yang merupakan cara untuk orang lelaki dan perempuan menyatakan cinta mereka. Penduduk etnik Zhuang yang menyertai aktiviti ini akan melagakan telur rebus yang dicat merah. Orang yang telurnya pecah dianggap kalah, dan yang kalah mesti menyerahkan telur yang pecah kepada yang menang sambil menyanyikan lagu puji-pujian. Setiap tahun, ramai lelaki dan wanita mengenali antara satu sama lain melalui aktiviti ini dan akhirnya menjadi pasangan kekasih.

Wei Ruobin, Ketua Kumpulan Nyanyian dan Tarian Daerah Dahua, turut mengambil bahagian kali ini. Menurut beliau, aktiviti laga telur menzahirkan keinginan semua terhadap kehidupan bahagia dan sangat bermakna untuk diwarisi.

Aktiviti menangkap ikan. (foto: Li Hongying/People.cn)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan