Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah keempat Diadakan Esok

(CRI)Rabu 26 April 2023

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Qin Gang akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah keempat yang dijadual diadakan di bandar Xi'an, provinsi Shaanxi esok, umum jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.

Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan yang juga Menteri Luar Negeri Murat Nurtleu, Menteri Luar Kyrgyzstan Kulubaev Zheenbek Moldokanovich, Menteri Luar Tajikistan Sirojiddin Muhriddin, Timbalan Menteri Luar Pertama Turkmenistan Vepa Hajiyev dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Uzbekistan Bakhtiyor Saidov akan menyertai mesyuarat itu.

Menurut Mao, semasa mesyuarat edisi ketiga pada Jun 2022, semua pihak bersetuju untuk menubuhkan mekanisme pertemuan pemimpin negara China-Asia Tengah. Mengikut konsensus yang tercapai, sidang kemuncak pertama akan dihoskan oleh China.

"Tugas utama mesyuarat menteri luar kali ini adalah membuat persiapan yang menyeluruh dari segi politik demi menjayakan sidang kemuncak berkenaan.”

"Enam pihak terlibat akan bertukar-tukar pandangan mengenai agenda sidang kemuncak, kerjasama melibatkan pelbagai sektor serta isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama," ujar beliau semasa sesi taklimat pada Selasa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan