Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Dijadual Mei

(CRI)Khamis 27 April 2023

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah dijadual berlangsung di Xi'an, provinsi Shaanxi pada Mei depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Luar Qin Gang selepas berakhirnya Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah keempat di bandar itu, hari ini.

Difahamkan, perbincangan mesyuarat itu berkisar tentang agenda sidang kemuncak berkenaan, kolaborasi pihak terbabit dalam pelbagai bidang serta isu-isu antarabangsa dan rantau yang menjadi perhatian umum.

Gaya Hidup