Industri Pameran Pulih Menyeluruh di China

(CRI)Khamis 27 April 2023

Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) menyiarkan senarai 'Ekspo dan Pameran China 2023' yang merangkumi maklumat mengenai lebih 1,370 acara di 105 buah bandar di seluruh negara.

Jurucakap CCPIT, Wang Linjie berkata dapatan tinjauan terhadap 10,028 syarikat China membabitkan 646 kategori dalam 44 industri pada suku pertama menunjukkan bahawa majoriti mereka beroleh hasil yang memuaskan menerusi penyertaan dalam pameran di seberang laut.

"Negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menjadi pilihan utama syarikat China, antaranya 27 peratus yang mengadakan pameran di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Malaysia, Rusia dan Thailand."

"Dalam pada itu, pempamer dari industri bahan binaan, jentera, produk elektronik dan kelengkapan mesin dilihat lebih banyak tampil di acara berkenaan," ujar beliau.

Tahun ini, CCPIT dan Dewan Perniagaan Antarabangsa China (CCIC) merancang menganjurkan 28 pameran di seberang laut secara hibrid yang bukan sahaja meliputi pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, tetapi juga pasaran baru muncul seperti ASEAN, Amerika Latin dan Afrika Barat.

Pameran berkenaan melibatkan teknologi pertaninan, tenaga baharu, pengangkutan pintar dan lain-lain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan