Shanxi Jemput Anda Mula Perjalanan Cari Nenek Moyang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 28 April 2023

Persidangan promosi pelaburan ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan pelancongan Tanah Besar China dan Wilayah Taiwan ke-8 dijalankan secara rasmi. (foto: People.cn)

Persidangan promosi pelaburan ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan pelancongan Tanah Besar China dan Wilayah Taiwan ke-8 dijalankan secara rasmi. (foto: People.cn)

Pada 27 April 2023, persidangan promosi pelaburan ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan pelancongan Tanah Besar China dan Wilayah Taiwan ke-8 telah dijalankan oleh Akhbar Renmi Ribao Dalam Talian (People's Daily Online). Sidang mengumumkan bahawa upacara pemujaan nenek moyang Maharaja Shennong Yandi (yang dipandang sebagai nenek moyang bangsa Cina) akan diadakan pada 16 Mei (hari kelapan bulan qamari keempat) di Makam Maharaja Yandi di bandar Gaoping, provinsi Shanxi. Platform "Pemujaan Dalam Talian" juga dilancarkan pada hari yang sama.

Persidangan promosi pelaburan ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan pelancongan Tanah Besar China dan Wilayah Taiwan ke-8 dijalankan secara rasmi. (foto: People.cn)

Persidangan promosi pelaburan ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan pelancongan Tanah Besar China dan Wilayah Taiwan ke-8 dijalankan secara rasmi. (foto: People.cn)

Bandar Gaoping digelar sebagai "tempat dengan sumber budaya Maharaja Yandi yang paling banyak" oleh ramai sarjana, dan merupakan tempat peringatan di mana Maharaja Yandi lama tinggal dalam hati ramai orang di Tanah Besar China dan Wilayah Taiwan.

Persembahan dalam perasmian persidangan. (foto: People.cn)

Persembahan dalam perasmian persidangan. (foto: People.cn)

Persembahan dalam perasmian persidangan. (foto: People.cn)

Persembahan dalam perasmian persidangan. (foto: People.cn)

Pelbagai aktiviti berhubung persidangan kali ini telah dilancarkan sejak 12 April dan akan berlangsung selama 50 hari hingga 31 Mei. Selain acara pemujaan besar-besaran, siri aktiviti bertema lain akan diadakan termasuk Forum Inovasi Sains dan Teknologi Pertanian Maharaja Yandi, Forum Inovasi dan Pembangunan Pembuatan Pintar, Simposium Kerjasama Ekonomi, Perdagangan dan Budaya, Festival Pear Blossom, pertunjukan Bangzi (sejenis bentuk seni drama tempatan), Pameran Makanan Istimewa Tempatan, Marathon "Jejak Nenek Moyang" dan Persidangan Puisi Tradisional.

Komposer dan penghibur peringkat tertinggi negara, Bian Liunian memain Erhu Solo bertajuk “Lumba Kuda”. (foto: People.cn)

Komposer dan penghibur peringkat tertinggi negara, Bian Liunian memain Erhu Solo bertajuk “Lumba Kuda”. (foto: People.cn)

Gaya Hidup