Hidup Bahagia di ‘Kampung Bahagia’

(CRI)Jumaat 28 April 2023

Kampung Smola yang berpenduduk etnik Wa terletak di bandar Tengchong, provinsi Yunnan di barat daya China. Smola dalam bahasa Wa bermaksud “tempat bahagia”.

Seawal Tahun Baharu Cina (TBC) 2020, Presiden China, Xi jinping yang meninjau ke kampung itu dipelawa membuat kuih beras, iaitu sejenis makanan tradisional etnik terbabit di rumah penduduk Li Fashun.

Pada waktu itu, Xi berkesempatan untuk bertanya tentang kehidupan Li sekeluarga dan Pak Li lantas menyuarakan harapan mudah, iaitu menginginkan kehidupan orang tuanya bertambah baik, manakala kedua-dua anaknya mendapat peluang kerja yang baik.

Apabila mengetahui anak perempuan sulung Pak Li, Lianhuan sedang membuat persiapan pemeriksaan lepasan ijazah, Xi memberi kata semangat kepada Lianhuan dan adiknya, serta menanti-nantikan sumbangan mereka kepada tanah air.

Setahun kemudian, impian Lianhuan menjadi kenyataan, dan kehidupan sekeluarganya semakin bahagia.

Kini, kampung Smola menyasarkan untuk menjadi pekan bercirikan tempatan gred 4A dan zon demonstrasi pembangunan desa di peringkat kebangsaan.

Setelah tamat, Lianhuan merancang untuk menyakinkan rakan-rakannya dan memulakan perusahaan di kampung halaman supaya menyejahterakan penduduk setempat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan