Xi Utus Takziah Hujan Lebat Landa Angola

(CRI)Sabtu 29 April 2023

Presiden China Xi Jinping mengutus kawat takziah kepada rakan sejawatnya dari Angola, Joao Manuel Goncalves Lourenco atas hujan lebat yang melanda negara itu, pada Jumaat.

Xi berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai bencana berlaku di Luanda dan beberapa tempat lain yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda besar.

Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang cedera dalam bencana berkenaan.

Xi yakin Angola pasti mampu mengatasi kesukaran dan menjayakan pembangunan semula pasca bencana.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan