China Mula Menggerudi Telaga Minyak dan Gas Terdalam di Asia

(CRI)Rabu 03 Mei 2023

Penggerudian terhadap telaga minyak dan gas “Yuejin 3-3XC" milik syarikat Sinopec dimulakan di Lembangan Tarim, Xinjiang hari ini. Dijangka kedalaman telaga yang bakal digerudi itu mencatat 9,472 meter, iaitu rekod terdalam di Asia.

Pakar utama dalam bidang eksplorasi petrokimia China, Qi Lixin berkata, ini sekali lagi membuktikan keunggulan teknologi China yang menyerlah di pentas dunia dan merupakan persiapan dari segi teknikal dan kelengkapan bagi tindakan selanjutnya menggerudi sedalam 10,000 meter pada masa depan.

Untuk rekod, telaga minyak dan gas “Yuejin 3-3XC" terletak di pinggir padang pasir Taklimakan, kaunti Shaya, daerah Aksu, wilayah Xinjiang.

Gaya Hidup