55 Item China Menangi Hadiah Emas Pameran Ciptaan Antarabangsa Geneva 2023

(CRI)Rabu 03 Mei 2023

Pameran Ciptaan Antarabangsa Geneva ke-48 yang berlangsung selama lima hari telah melabuhkan tirainya di sini pada Ahad.

China menunjukkan prestasi cemerlang dalam pameran tersebut dengan memenangi sejumlah 55 Hadiah Emas.

Lebih 1,000 item ciptaan dari 40 negara dan wilayah dibawa ke temasya itu dan sebanyak 165 daripadanya dari China.

Pencipta yang paling muda yang menampil dalam pameran itu adalah Feng Jiashu, murid China yang berumur 11 tahun.

Karya ciptaannya yang bertajuk "Electronic Bird's Nest on the Internet of Things," meraih Hadiah Emas dan mendapat ucapan tahniah yang khas daripada Presiden Panel Juri Antarabangsa, David Taji Farouki.

Lima item ciptaan dari Sinopec meraih empat Hadiah Emas dan satu Hadiah Gangsa. Sebagai wakil tim pencipta "Teknologi penyahsulfuran penjerapan petrol S Zorb" China yang meraih Hadiah Emas, Song Ye memberitahu wartawan bahawa pihaknya bersedia mempromosi teknologi pengeluaran petrol bersih tersebut kepada negara-negara yang terlibat dalam pembinaan Inisiatif “Jalur dan Laluan”, dan membolehkan lebih ramai orang mempunyai akses ke hasil yang dilakar dalam bidang sains dan teknologi.

Tujuh item ciptaan dari Institut Penyelidikan Kuasa Elektrik China pula meraih empat Hadiah Emas, dua perak, dan satu gangsa. Antaranya, projek peranti peredam untuk peralatan elektrik pencawang yang memenangi Hadiah Emas telah digunakan di sebahagian negara termasuk Indonesia, Filipina dan Chile.

Ketua pakar institut penyelidikan tersebut, Zhou Zexin berkata bahawa ciptaan tersebut amat berkesan bagi meningkatkan daya antiseismik kemudahan elektrik di kawasan yang dilanda gempa bumi kuat, dan turut memperlihatkan kegunaan ciptaan China.

Pameran Ciptaan Antarabangsa Geneva yang mula diadakan pada tahun 1973 merupakan antara pameran ciptaan yang mempunyai sejarah terpanjang dan skala terbesar di dunia.

Pameran yang dijadual diadakan pada 2020 ini, pernah ditangguhkan akibat penularan pandemik COVID-19, dan edisi 2021 dan 2022 pernah diadakan secara dalam talian.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan