Ding Liren Johan Catur Dunia! Lakar Sejarah China!

Pada petang 30 April waktu Beijing, berita baik diterima dari Astana, Kazakhstan. Dalam Kejohanan Catur Dunia FIDE 2023, pemain China, Ding Liren mengalahkan saingnya dari Rusia, Ian Nepomnyach dalam perlawanan tambahan catur pantas, sekali gus menjadi Johan Catur Dunia kategori individu lelaki.

(Foto/Xinhua)

(Foto/Xinhua)

Dalam 14 permainan catur klasik bagi Kejohanan Catur Dunia ini, jumlah markah antara Ding Liren dan Nepomniacki ialah 7:7. Semasa perlawanan tambahan catur pantas, mereka masih seri untuk tiga perlawanan pertama. Dalam set keempat yang kritikal, Ding Liren akhirnya merebut peluang di saat akhir dan mendapat kemenangan yang tidak ternilai. Gelaran juara catur dunia individu lelaki ke-17 kini milik Ding Liren!

(Foto/People's Daily)

(Foto/People's Daily)

Kisah kejayaan China di pentas Kejohanan Catur Dunia bermula pada 1991, di mana Xie Jun telah menjuarai kategori wanita buat kali pertama. Pada 1998, pasukan wanita China pulang membawa kemenangan Olimpiad Catur buat kali pertama. Kemudian, pada 2014, pasukan lelaki China pula mara ke peringkat akhir Olimpiad Catur buat julung kalinya, sekali gus memecahkan monopoli 87 tahun oleh Eropah dan Amerika Syarikat. Hari ini, Ding Liren menjadi juara Kejohanan Catur Dunia bagi individu lelaki. Strategi "empat langkah" (kemenangan) catur oleh China berakhir dengan jaya!

Gaya Hidup