Mempercepat Pembinaan Sistem Industri Moden yang Disokong Ekonomi Sebenar - Xi

(CRI)Sabtu 06 Mei 2023

Presiden China, Xi Jinping menekankan bahawa sistem industri moden merupakan dasar material dan teknikal bagi suatu negara moden, dan hendaklah menumpukan keutamaan kepada ekonomi sebenar dalam senario pembangunan ekonomi domestik supaya dapat menyediakan sokongan yang kukuh dari segi material dalam memperjuangkan Matlamat Seratus Tahun kedua. Sementara itu, pembangunan penduduk adalah hal penting berkaitan kebangkitan nusa dan bangsa, dan semestinya komited kepada usaha meningkatkan kualiti penduduk secara menyeluruh dan menjadikan perkembangan penduduk yang berkualiti tinggi sebagai tunjang bagi modenisasi ala China.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, telah menyampaikan ucapan dan membuat arahan ketika mempengerusi mesyuarat pertama Jawatankuasa Kewangan dan Ekonomi Pusat ke-20 pada petang Jumaat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan