Laluan Pelancongan Bas Awan Pertama Beroperasi di Changsha

Pada 9 Mei, laluan pelancongan Bas Awan (Sky Shuttle) secara rasmi beroperasi di bandar Changsha di provinsi Hunan.

Laluan pelancongan Bas Awan (Sky Shuttle) beroperasi secara rasmi. (foto: Tang Xiaoqing/Chinanews.com)

Laluan pelancongan Bas Awan (Sky Shuttle) beroperasi secara rasmi. (foto: Tang Xiaoqing/Chinanews.com)

Bas Awan ialah sistem pengangkutan pintar dengan rel volum rendah yang hak harta intelek bebasnya 100% dipunya oleh syarikat BYD. Sepanjang 7 tahun, BYD melabur 10 bilion yuan (kira-kira 6.4 bilion ringgit) dalam projek penyelidikan ini dan menyepadukan teknologi transit automobil dan rel, mempunyai lebih 5,000 paten termasuk kenderaan, kawalan kereta api automatik (ATC), motor, bateri, bogi dan teknologi teras yang lain.

"Jejari pusingan minimum rel ini hanya 15 meter. Ia boleh masuk ke kawasan komuniti dan bangunan, dan mempunyai hak laluan bebas untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai rupa bumi dan iklim", begitu kata Li Hui, Pengurus Bahagian Perniagaan Rel BYD.

Selain di Changsa, rel Bas Awan juga telah beroperasi di Chongqing, Shenzhen dan Xi'an.

Laluan pelancongan Bas Awan (Sky Shuttle) beroperasi secara rasmi. (foto: Tang Xiaoqing/Chinanews.com)

Laluan pelancongan Bas Awan (Sky Shuttle) beroperasi secara rasmi. (foto: Tang Xiaoqing/Chinanews.com)

"Interkom visual boleh direalisasikan di rel Bas Awan. Jika insiden kecemasan berlaku, penumpang boleh segera berhubung dengan pusat kawalan melalui sistem yang dibekalkan. Laluan melarikan diri juga disediakan di kedua-dua belah bas untuk pemindahan," maklum Li sambil menambah bahawa, Bas Awan hanya menggunakan 0.6 darjah elektrik setiap kilometer per unit gerabak. Kos operasi keseluruhan adalah 50% kurang daripada kos kereta api bawah tanah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan