Pacu Pembangunan Terselaras Beijing, Tianjin dan Hebei Capai Kemajuan Baharu: Xi

(CRI)Isnin 15 Mei 2023

Presiden China Xi Jinping mengadakan tinjauan di provinsi Hebei, utara China baru-baru ini.

Ketika berucap dalam mesyuarat mengenai pemerkasaan pembangunan terselaras di kawasan Beijing, Tianjin dan Hebei, beliau mengatakan bahawa pihak-pihak berkuasa berkaitan perlu menyelaraskan pembangunan dengan keselamatan, memacu pembangunan terselaras di kawasan Beijing, Tianjin dan Hebei mencapai kemajuan baharu, serta menjadikan kawasan ini sebagai zon perintis dan teladan bagi pembangunan modenisasi ala China.

Menurutnya, sebagai salah satu daripada tiga sumber kuasa penting bagi pembangunan bermutu tinggi di China, kawasan Beijing, Tianjin dan Hebei mempunyai sejumlah besar institut pengajian tinggi (IPT) dan tenaga profesional penyelidikan tinggi. Kawasan ini perlu memperkasakan inovasi terselaras dan kerjasama perindustrian, di samping memainkan peranan teladan dan boleh dicontohi dengan mewujudkan tahap sara diri dalam bidang sains dan teknologi bertaraf tinggi.

Xi menegaskan bahawa memperkasakan pembangunan terselaras di kawasan Beijing, Tianjin dan Hebei adalah untuk menambah baik kesejahteraan rakyat dan mendorong kemakmuran bersama.

Gaya Hidup